Important Documents for Accounting Purpose

Important documents to be kept for accounting purpose:
1. Bank statements
2. Bank in slip/credit advice/official receipt
3. Cheque buds

4. Payment vouchers (bank) – including the supporting documents 
5. Payment vouchers (cash) – including the supporting documents 
6. Invoices & statement received from supplier/creditors (purchase invoices)
7. Invoices & statement of account given to customers (Sales invoices)
8. List of staff, salary statement, EPF statement, SOCSO statement, PCB – any documents that related to employee
9. Property. Plant & Equipment (PPE) listing – invoices related to purchase of PPE
10. Banking Facilities such as; Hire Purchase Agreement, Loan Agreement, Overdraft, Letter of Credit, Fixed Deposit, Bank Guarantee, Banker’s Acceptance etc (if applicable)
11. Stock Listing (if applicable)

Posted in | Leave a comment

Penyediaan Laporan Kewangan

Kepada pemilik perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan syarikat, bagi tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2016, ada 3 bulan lagi untuk menyediakan laporan kewangan. Sebaiknya sudah mula mengemaskini dokumen kewangan dan sistem perakaunan. Moga segala urusan dipermudahkan.

Posted in | Leave a comment

Menyimpan Dokumen Kewangan

Sebaik sahaja sesebuah perniagaan didaftarkan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dokumen-dokumen transaksi perniagaan hendaklah disimpan dengan kemas. Tidak kira sama ada perniagaan tersebut kecil atau besar, sama ada aktif atau tidak aktif, dan sama ada didaftarkan sebagai enterprise atau Sdn Bhd.
Ini membolehkan kita merujuk semula sejarah transaksi dan penyediaan laporan kewangan di akhir tempoh perakaunan.

Posted in | Leave a comment

Tarbiah atau wasa'il tarbiah?

Usrah, daurah dan lain-lain adalah wasa'il tarbiah, bukan tarbiah.

Tarbiah yang sebenar ialah apabila kita mendapat sejumlah wang, lalu kita diminta mengeluarkan atau menginfaqkan sebahagian daripadanya, contohnya 50% daripadanya, mampukah kita lakukan atau sebaliknya? 

Tarbiah yang sebenar adalah yang melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri:

1) Al-qudratu 'alat-tahammul - Kemampuan untuk memikul tanggungjawab yang berat

2) Al-qudratu 'alal-muqawamah - Kemampuan untuk melawan segala cabaran dan tentangan

3) As-sabru 'alal-masyaqqah - Sabar menanggung kepayahan dan kesusahan

Semua ciri-ciri tersebut hanya akan terserlah apabila kita terjun ke medan, bukan hanya dengan menghadiri liqa' dalam wasa'il tarbiah semata-mata.

(Petikan Ucapan Anis Matta, 2016)

Posted in | Leave a comment

Artikel: Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia

Kesan GST kepada Kos Kehidupan Rakyat Malaysia

Oleh:
Dr. Mohd Nazari Ismail[1] dan Ahmad Nizam bin Samsudin[2]


Pengenalan dan Latarbelakang

Semasa pembentangan Belanjawan Kerajaan 2014 pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan Goods and Services Tax (GST) dan penghapusan Sales and Services Tax (SST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Kerajaan menyatakan bahawa langkah tersebut adalah perlu kerana keadaan kewangan kerajaan adalah tenat. Ini terbukti apabila Syarikat Fitch, sebuah agensi ‘Rating’ menurunkan (downgrade) bon kerajaan ke tahap `Negatif’ pada bulan Julai 2013.[3]

Susulan dari itu telah timbul perdebatan sama ada langkah itu adalah adil kepada rakyat atau tidak serta sama ada ianya akan membebankan rakyat di masa akan datang.

Percukaian di Malaysia – SST dan GST

Jika sistem percukaian negara ini dilihat dengan lebih dekat,akan didapati rakyat Malaysia telah pun membayar cukai dalam bentuk SST yang menjadi sebahagian daripada kos barangan dan perkhidmatan semenjak tahun 1972 lagi. Beza antara GST dan SST ialah GST adalah cukai nilai tambahan atau ‘value added tax’ (VAT) yang dikenakan bagi setiap urusniaga yang berlaku. Kadar GST yang ditetapkan oleh kerajaan menentukan berapa banyak cukai yang ditanggung oleh pengguna.

Mengikut undang-undang, GST dikenakan ke atas setiap urusniaga kecuali urusniaga itu diberi pengecualian dari skop GST. Semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai “dikecualikan” akan dikenakan GST. Walupun GST akan dikenakan pada setiap peringkat urusniaga, namun pada akhirnya pengguna membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisma ‘Input tax credit’ dimana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar. Di samping itu, hanya firma yang menjual barang atau perkhidmatan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk mengenakan GST.

Perbezaan antara GST dan kaedah cukai SST boleh dilihat dalam Jadual berikut:

CUKAI BARANGAN & PERKHIDMATAN
(GST)
CUKAI JUALAN & CUKAI PERKHIDMATAN
(SST)
PERINGKAT CUKAI
Berperingkat.

Pada setiap peringkat, GST dikenakan & peniaga boleh mendapat kredit GST

Satu peringkat.

Cukai hanya dikenakan di peringkat kilang sekali sahaja
SKOP PELAKSANAAN
Semua dikenakan GST kecuali yang termasuk dalam senarai pengecualian

Hanya barang dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan kerajaan
KADAR
6% bagi standard, 0% bagi senarai barangan cukai sifar
Berbeza-beza. 6% bagi cukai perkhidmatan,10% bagi cukai jualan




Secara umumnya pakar-pakar percukaian di Malaysia bersetuju bahawa kaedah GST jika dilaksanakan akan membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan cukainya dalam jangka panjang. Namun mereka berbeda pendapat berkenaan kesannya kepada pihak pengguna.

Alasan utama kepada hujah yang menyatakan GST tidak membebankan rakyat ialah kadar yang dikenakan adalah rendah iaitu 6% sahaja. Di samping itu, 40 kategori barangan asas tidak akan dikenakan cukai langsung. Ini termasuk beras, gula, susu tepung dan gandum. Di samping itu juga perkhidmatan yang diklasifikasikan sebagai penting seperti perkhidmatan kesihatan adalah dikecualikan dari cukai. Lagipun pelaksanaan GST juga bermakna SST akan dihapuskan. Akibatnya bagi sesetengah keluaran harga mungkin akan menurun kerana penghapusan cukai SST.  Ini kerana di bawah sistem SST sedia ada, pengguna bukan sahaja membayar cukai jualan, bahkan dalam kes minuman berkarbonat di hotel sebagai contoh, pengguna juga dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus yang dikenakan pihak hotel pula.

Sebaliknya masalah cukai berganda ini tidak akan berlaku di bawah sistem GST kerana cukai yang dibayar pemilik hotel diperolehi semula dalam bentuk kredit cukai input dan tidak mewakili kos kepada hotel.

Namun terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa ada beberapa aspek pelaksanaan GST yang akan menghasilkan keadaan di mana harga barangan akan meningkat. Hujah utama mereka ialah dengan pelaksanaan GST, walaupun kadar cukai adalah lebih rendah dan banyak barangan dan keperluan asas adalah dikecualikan dari cukai, namun skop GST adalah lebih besar kerana melibatkan banyak aktiviti urusniaga. Sebagai contoh kos menghasilkan alat keluaran seperti mesin, bahan pembungkusan, elektrik dan lain-lain semuanya akan dikenakan GST.  Akibatnya pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos akibat GST ini walaupun ianya melibatkan pengeluaran barangan asas.

Dalam erti kata yang lain, walaupun kadar cukai 10% sekarang (iaitu cukai jualan) akan dikurangkan menjadi 6% dibawah GST, hakikatnya sekarang hanya 6-7 perkhidmatan harian yang dikenakan cukai dan hanya 10–15 barangan harian yang digunakan dikenakan cukai. Namun di bawah sistem GST nanti 90% dari barangan dan perkhidmatan harian dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah. Jadi, bebanan rakyat seharian menjadi semakin tinggi kerana semakin banyak barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar cukai.

Kos melaksanakan GST (seperti mencetak invois baru, membayar akauntan, kursus dan lain-lain) dianggarkan mencecah RM15,000 setahun bagi setiap syarikat. Perbelanjaan ini akan dimasukkan di dalam kos yang akan menaikkan harga. Ini akan memberi kesan kepada peningkatan harga sesuatu barang.

Akhir sekali apabila GST dilaksanakan nanti, 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST secara tidak langsung. Malah, mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah. Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini yang terpaksa menanggung cukai baru tetapi tidak pula mendapat faedah dari penurunan cukai sedia ada.

Berdasarkan perbincangan di atas, tidak hairanlah kenapa wujud perbedaan pendapat berkenaan sama ada GST akan meningkatkan kos kehidupan rakyat atau tidak.

Walau bagaimana pun kami berpendapat bahawa pandangan yang menyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menghasilkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah tidak meyakinkan. Sebaliknya kami merasakan bahawa kenaikan harga asas masih akan pasti berlaku akibat fenomena kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan yang menyeluruh di dalam pasaran. Cuma kadar kenaikan harga mungkin tidak berapa tinggi buat masa terdekat memandangkan kadar cukai yang ditetapkan adalah hanya 6% buat masa ini.

Di samping itu, sistem GST yang memerlukan pengiraan cukai input dan output yang lebih teliti oleh peniaga akan menyukarkan mereka dalam memberi fokus kepada perniagaan utama mereka. Masalah kurang ketelitian cukai input dan cukai output ini mungkin akan menyebabkan peniaga lebih sukar untuk menganggar kos sebenar perbelanjaan perniagaan mereka dan ini menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka. Tambahan pula kos hal pentadbiran bagi mengurus pelaksanaan GST akan bertambah dan ini juga akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan. Akhir sekali, jika kadar cukai GST dinaikkan lagi (dari kadar 6% sekarang) dan melibatkan banyak lagi kategori barangan dan perkhidmatan, maka kos kehidupan rakyat sudah tentu akan meningkat lagi.

Rumusan

Pelaksanaan cukai SST atau GST sebenarnya tidak akan mampu menyelesaikan  masalah kewangan kerajaan serta masalah kenaikan harga barangan. Ini kerana punca kepada masalah adalah kombinasi banyak faktor termasuk sistem Riba yang diamalkan di negara kita serta perbelanjaan kerajaan yang tidak terkawal akibat amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan amalan korupsi yang berleluasa.

Oleh kerana itu kerajaan sepatutnya memberi fokus kepada usaha mengawal perbelanjaannya dengan menghapuskan amalan pembaziran dan amalan korupsi. Disamping itu kerajaan dan rakyat juga mesti mengorak langkah untuk membersihkan segala bentuk amalan riba dalam sistem ekonomi dan kewangan negara demi kesejahteraan masyarakat dalam jangka panjang.

[1] Profesor di Jabatan Dasar dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya
[2] Akauntan Bertauliah (M) dan Pengarah Hazi and Nizam Corporate Services Sdn. Bhd.

Posted in | Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.